6:31 PM

Salam Ramadhan Untuk Seluruh Umat Islam

Salam Ihya Ramadhan
Saya dan keluarga mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak dan selamat berpuasa kepada seluruh golongan muslimin dan muslimat di tanahair. Sewajarnya kita bersyukur kerana, dengan limpah dan kurnia Allah S.W.T., dapat kita sekali lagi menunaikan ibadah puasa dan bersua dengan bulan penuh keberkatan yang dijanjikan dengan pintu rahmat yang terbuka luas dan gandaan pahala yang berlipat ganda, terutama malam Lailatul Qadar yang mana setiap amalan pada malam tersebut menyamai amalan bagi seribu bulan.

Sekalipun sinonim dengan ibadah puasa, namun bulan Ramadhan juga adalah satu bulan latihan bagi pembentukan rohani bagi setiap insan dan dengan sebab itulah setiap orang Islam diseru agar menjaga adab dan tertib berpuasa, selain menahan diri dari makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari, seperti membanyakkan amal dan sabar serta mengelakkan diri dari menuruti kehendak haloba hawa nafsu dan perkara-perkara yang ditegah oleh agama, baik dari segi perbuatan mahupun percakapan.

Selain itu, bulan Ramadhan adalah bulan penuh bersejarah dan makna bagi umat Islam seperti dengan turunnya ayat Al-Quran yang pertama dan kemenangan besar umat Islam pada perang Badar, sekalipun berhadapan dengan tentera musuh yang tiga kali gandanya lebih ramai. Kedua-dua peristiwa ini amat penting kerana ayat pertama tersebut menuntut dan memartabatkan peranan ilmu dalam masyarakat manakala Perang Badar merupakan talian hayat bagi agama dan umat Islam, di mana sekiranya umat Islam, yang jumlahnya sangat kecil ketika itu, kalah di Perang Badar - maka tidak mungkin agama Islam dapat disebar dan dianuti oleh kita semua.

Akhir kata, saya dan keluarga mengucapkan selamat dan salam Ihya Ramadhan kepada seluruh muslimin dan muslimat tanahair.

6:35 PM

Majlis Penyerahan Cek Bantuan Koperasi Sebanyak RM50,000.00 untuk koperasi D'N Selera Sri Aman Berhad di Kuching



6:40 PM

D'N Grill House









12:29 AM

MAKAN......MAKAN.......MAKAN DAN MAKAN..NYAM! NYAM!


















6:24 AM

We Back In Action After Holiday....


4:14 AM

JOM MAKAN DI KOPERASI D'N SELERA KAMPUNG HILIR SRI AMAN







Latarbelakang

Pada pemulaanya, Koperasi D'N Selera Sri Aman Berhad ini merupakan sebuah kedai yang menjual barangan runcit. Kemudian mula beralih kepada perkhidmatan menjual makan dan minuman pada awal tahun 2000. Perniagaan mula berkembang dan ahkirnya telah membuka premis peniagaan sendiri. Pada awal april 2008, premis kedai telah di baikpulih bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan memberi keselesaan kepada pelanggan. Premis ini kemudian telah ditukar kepada koperasi mulai pada 9. September. 2008.Koperasi ini diusahakan oleh En Abang Norin bin Abang Norudin dengan dibantu oleh isterinya Pn Saimah bt Awang Dahlan dan juga anak-anaknya. Beliau juga seorang KK yang aktif dalam berpersatuan dan juga aktiviti-aktiviti masyarakat.

Lokasi
Terletak di jalan datuk, kampung masjid baru sri aman. Berhampiran dengan masjid besar sri aman.

Perkhidmatan
Menjual makanan dan minuman. Antara menu istimewanya adalah ikan talapia masak stim, sweet and sour dan goreng cili api. Menu lain adalah Ayam Masak Halia, Sotong Goreng Tepung, Sup Ekor, dan berbagai lagi menu yang menyelerakan.
Koperasi ini juga menyediakan perkhidmatan katering yang lebih dikenali sebagai Dang Arot Katering.

Waktu Urusniaga
Jam 4.30 Ptg Sehingga 12 Malam

Koperasi ini juga bakal menyediakan perkhidmatan wifi kepada pengunjungnya.
Untuk tempahan sila hubungi
Pengerusi : 0194387183
Tel : 083327673
Fax : 080327673

Sumber : KK Abang Norin bin Abang Norudin

5:47 AM

Selamat Menyambut Tahun Baru Untuk Seluruh Pelanggan Cina di Sri Aman