Salam Ihya Ramadhan
Saya dan keluarga mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak dan selamat berpuasa kepada seluruh golongan muslimin dan muslimat di tanahair. Sewajarnya kita bersyukur kerana, dengan limpah dan kurnia Allah S.W.T., dapat kita sekali lagi menunaikan ibadah puasa dan bersua dengan bulan penuh keberkatan yang dijanjikan dengan pintu rahmat yang terbuka luas dan gandaan pahala yang berlipat ganda, terutama malam Lailatul Qadar yang mana setiap amalan pada malam tersebut menyamai amalan bagi seribu bulan.
Sekalipun sinonim dengan ibadah puasa, namun bulan Ramadhan juga adalah satu bulan latihan bagi pembentukan rohani bagi setiap insan dan dengan sebab itulah setiap orang Islam diseru agar menjaga adab dan tertib berpuasa, selain menahan diri dari makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari, seperti membanyakkan amal dan sabar serta mengelakkan diri dari menuruti kehendak haloba hawa nafsu dan perkara-perkara yang ditegah oleh agama, baik dari segi perbuatan mahupun percakapan.
Selain itu, bulan Ramadhan adalah bulan penuh bersejarah dan makna bagi umat Islam seperti dengan turunnya ayat Al-Quran yang pertama dan kemenangan besar umat Islam pada perang Badar, sekalipun berhadapan dengan tentera musuh yang tiga kali gandanya lebih ramai. Kedua-dua peristiwa ini amat penting kerana ayat pertama tersebut menuntut dan memartabatkan peranan ilmu dalam masyarakat manakala Perang Badar merupakan talian hayat bagi agama dan umat Islam, di mana sekiranya umat Islam, yang jumlahnya sangat kecil ketika itu, kalah di Perang Badar - maka tidak mungkin agama Islam dapat disebar dan dianuti oleh kita semua.
Akhir kata, saya dan keluarga mengucapkan selamat dan salam Ihya Ramadhan kepada seluruh muslimin dan muslimat tanahair.
No 34 Jalan Datuk, Kampung Masjid Baru Sri Aman, 95000 Sri Aman 0194387183/0138355673/0138355683/0198682988
6:31 PM
Subscribe to:
Posts (Atom)